Assalamualaikum

masonic pollution

interesting finding of the day! serangan pemikiran yang kian jelas.
wahai syabab! bangkitlah dari lena mu!




Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!








Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA




Di Lodge Freemason



Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.






Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.


2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid



Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!


All Seeing Eye di AJL







Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.



The All Seeing Eye Around Us


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.


Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata

Fikirkan semula


//credits to kak Q and the blog.

rocket.. up!

7 weeks are leaving me.
bye bye.

assalamualaikum new term.
may Allah bless our final journey.
to those who has seen their bright future, congratulations!

dear friends,
let's strive together!
lift our hands and pray.
cherish our moments.

may all dreams come true.
fly high!

// writings may be paused for quite sometime. have interviews coming up. do pray for me.

konspirasi minda

terpanggil sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu. isu panas tika ini. penggunaan kalimah Allah dalam gereja. penggunaan tersebut dibenarkan dalam keputusan mahkamah tinggi oleh hakim Lau Bee Lan.


APA PENDIRIAN KITA?


tidak dinafikan ramai yang membantah. laungan TIDAK BOLEH! begitu keras sekali dipalu bagi menarik semula keputusan mahkamah. mengapa tidak?


i) musykil akan mengelirukan umat islam akan datang. kalau kristian pun kata Allah, islam pun kata Allah. jadi, apa bezanya islam dan kristian? kenapa kita sibuk2 kata islam itu paling lurus?


ii) ada lah juga yang sebut mengenai Perlembagaan Malaysia yang saya kurang arif. negara ini negara islam. jadi islam agama tertinggi dan perlu diutamakan. lebih kurang agaknya. bolehlah nak ulas lagi.


iii) tidak mahu kalimah tersebut dipersendakan dan disalah guna. bagaimana pasti? kita tidak mahu kalimah itu dijadikan dakyah untuk memesongkan ajaran islam.


iv) mengapa hakim yang bukan islam yang mengadili kes ini? mungkin debat antara islam dan bukan islam perlu diadakan. seperti Ahmad Deedat.


hm. ada juga yang tidak kisah. alasan mereka:


1) bagus. sbb boleh la islam itu tembus kepada mereka. [bagaimana pasti? cukup arifkah kita tentang agama kita? cukup bijak kita nak lawan?]


2) orang Arab musyrik dulu boleh guna. kenapa tak boleh guna pulak sekarang?


3) kenapa lepas diputuskan baru nak bangkit membantah? penggunaan tersebut mmg dalam terjemahan bible versi melayu. [ada agenda?] mana pergi sensitiviti umat islam? kenapa tak bantah dari dulu?

dan macam-macamlah yang menyokong dan yang tak kisah sahaja. ada pulak yang bukan muslim turut menyokong kalimah 'Allah' merupakan eksklusif kepada umat islam. apa pendirian kita sebenarnya?

hmm. dengan realiti umat kini yang semakin cair, sudah semestinya sy juga membantah keputusan mahkamah. baru sahaja terbaca mengenai black metal yang kini hidup kembali. the revival of the Satanic ideology. lepas tu, ada pulak bermacam2 ajaran sesat. ustaz zaharuddin abd rahman (UZAR) berpendapat, dan sy agak bersetuju, mengenai bible yang menterjemah perkataan God kepada Allah dalam terjemahan bible versi melayu. beliau berpendapat, sebagai orang islam, kita merujuk kepada AQ dan Sunnah dan bukannya bible. jadi, mengapa merisaukan diri? kalau risau, kita ni merujuk bible ke? tetapi, mungkin ada bahayanya. mungkin salah satu faktor mengapa kes murtad semakin tinggi di Malaysia. sy juga semakin kagum dengan dunia yang semakin terbalik ini. di sini, orang2 Melayu senang2 sahaja diperdaya. tidakkah terfikir mengapa semakin ramai rakyat di eropah memeluk islam? sy tidak mahu mengulas banyak. cuma, kita fikir2 sendiri. bukalah minda sendiri. luaskan skop pemikiran. ramai yang suka ckp dengan sy, islam itulah yang paling hebat. dimana hebatnya kalau umatnya sendiri menjumudkan minda, meruntuhkan akhlak, fanatik mazhab, mentafsirkan ayat AQ dengan pemikiran sendiri, berlagak tuhan dengan suka-suka cop orang itu ini berdosa.

hm. sungguh. sy tidak membuat telahan kalau akidah umat kita sehebat para sahabat. bagi mereka, Allah itu di hati. yang tertinggi. yang paling dicintai. bukan nama Allah yang boleh dihakimi di mahkamah. apa yang perlu dikejar sekarang ialah ke arah peningkatan akidah umat islam sendiri. ada sahaja yang marah apabila diperdengarkan ayat2 Allah. refuse to listen with their heart. tapi, marah kalau orang lain guna perkataan Allah. macam mana ni?




PELINDUNG KITA

mmg benar undang-undang boleh melindungi kelemahan akidah umat islam. persoalannya, sampai bila? sampai bila akidah itu perlu berselindung? sepatutnya islam itu menjadi acuan, dan kita mengikut acuan. bukan sebaliknya. islam itu tetap, kita mengikutnya. bukan islam yang berubah mengikut selera kita. di mana silapnya?

pendidikan kah? mungkin generasi muda keliru antara peperiksaan dan cara kehidupan. yelah. kita sekolah rendah dan sekolah agama. dua2 punya silibus dan peperiksaan. bagi anak-anak kecil, mereka menganggap, aku harus belajar untuk A. setakat itu sahaja. bukan untuk dihayati. berbeza dengan orang dulu2. mereka meletakkan AQ sebagai teras. umur 10 tahun dah hafal AQ. lepas tu, dalami kandungannya dan amalkan. kemudian, baru mengkhusus ke bidang2 tertentu seperti perubatan, kejuruteraan, dan sebagainya. walhal kita? AQ di celah2 pendidikan. sampai bila kita nak mengaji macam budak sekolah rendah tanpa mengetahui isi dalam ayat yang dibaca? orang kata, pengetahuan secetek kanak-kanak. sebab tu matlamat belajar dah berubah. belajar tinggi2 dapat kerja bagus2 hidup senang. itulah ungkapan biasa mak ayah kita. tetapi, ingat tak kita, siapa yang dapat jamin kita boleh hidup sampai graduate untuk kerja dan banyak duit? semuanya ketentuan Allah kan? kalaulah semua orang berfikiran macam ni, siapa nak buat kerja islam? islam pun tak sampai ke generasi2 seterusnya. hm. masyaAllah~

panjang mahu diulas. kita harus tahu kita berada di mana. sensitiviti kita bagaimana. islam kita bukan islam warisan. bukan islam dalam IC. bukan islam kata nama [Islam] tetapi kata kerja [islam] yang membuktikan kita bekerja untuk islam dan muslim sejati bukan sebaliknya.

sekadar cetusan minda. sy sensitif. anda bagaimana?
idea dan pendapat yang lain di sini dan sini juga sini.

welcome new mind

macam-macam sempena tahun baru masihi. kecoh. dulu tahun baru hijrah semua sibuk dgn bola. hm. masyarakat kan?

BELAJAR DARI SANA

nak dijadikan cerita malam semalam saya tgkla high school musical 3 dengan adik2 saya. bijak pandai, kreatif sangat. mampu menarik perhatian anak-anak. penuh warna warni. disulam pulak dengan nyanyian dan tarian.

sampaila habis. habis saja sambung pula dengan the concert. saya juga kagum pengaruh rakyat negara itu dengan movie tersebut. hebat sekali. 50,000penonton. masyaAllah! kebanyakannya anak-anak remaja. tambahan pula, pelakon2 handalan tersebut membuat tour. setiap show 50,000 penonton. bayangkanlah.

tengah-tengah nak geleng-geleng kepala tgk show tu, tepat jam 11.30 pm, ada lah pulak yang menegur saya.

"tukarla tv3! nak tgk countdown!" jerit si X

saya pun tukarlah.
tengok2 konsert jugak.

saya alih kembali ke channel sebelumnya. konsert jugak. english version. mat salleh.
di tv3 malay version. yang terlibat: muslim.

lalu saya pun berkatala," nak buat apa tgk countdown ni? tiap2 tahun benda sama je"
cuba beralas.

respon yang saya terima agak tajam. sedih saya di tahun baru.

sama sahaja kita dengan mereka. muslim dengan bukan. tiada beza.
jadi, mana syariat Allahnya?
mana yang kita katakan islamlah yang paling betul?
mengapa islam itu terpisah daripada kehidupan?
bila solat mengaji, kita kuat bicara soal islam. kenapa tidak kehidupan?
kalau islam hanya sekadar 5 pillars in islam, setelah habis semua terlaksana, sudah tidak bergelar muslim kah?

sukar sekali mahu mengubah kebiasaan. saya selalu kagum dengan Rasulullah juga para sahabat dan sahabiyah yang berjaya mengemudi bahtera perubahan di Makkah dan tanah Arab. bagaimana kuat iman mereka?
bagaimana kuat akidah mereka?

sungguh saya rindu zaman itu. zaman Rasulullah, zaman khulafa', zaman umayyah, zaman abbasiyyah, zaman uthmaniyah. zaman di mana AQ terukir di hati.



video ini ada di sebelah. saya suka video ini. basah mata merindukan zaman tersebut.

bling bling

dalam seminggu dua kebelakangan ni, ada banyak perasaan kurang selesa datang tanpa dijemput. mungkin perasaan diri.
mungkin jugak bukan.
mungkin sekadar mainan bagi mencairkan diri.

Alhamduillah pada mereka yang suka bertudung. cuma.. hmm. rasa aneh. entah kenapa, apabila melihatkan mereka yang dekat sibuk benar dengan penggayaan tudung terkini, ariani, terasa jengkel benar. saya kurang mengerti. saya faham tudung2 tersebut cantik, indah, anggun, bergaya. bernilai tinggi lagi. siap mengajak saya sekali menggayakannya. saya tidakla begitu tegar. tak kisah je setakat bergaya di rumah. kalau keluar, tidakla. ada orang offer nak belikan. saya menolak.

atas dasar apa? atas dasar sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.
saya muhasabah kembali. memang cantik bergaya, trendy apabila mengenakan kerudung ekin itu, cuma, kalau niat untuk cantik berfesyen, nampaknya dah lari daripada dasar atas itu. saya bertudung kerana Allah. zalimlah saya kalau saya pakai cantik2 tapi untuk persembahan umum.
peragaan dunia. tiada taqwa pada pakaian.
apa yang nak dibanggakan dengan penampilan diri?
penampilan juga satu method dakwah [upss], menyebarkan Islam.




minggu2 saya banyak dihabiskan bersama keluarga. agaknya, mereka memandang saya pelik. yelah, kerap kali perkataan ustazah keluar dari mulut2 mereka. sebab apa ya?

saya tidak bertudung ariani?
saya tidak lagi memilih goggles, mng, padini, esprit seperti mereka?
saya tidak berdenim yang menyekat pernafasan kaki?
saya tidak berselendang jarang yang menampakkan belakang badan kalau berbusana leher jenis segi empat?
saya asyik diam tanpa banyak kata? [banyak juga sebenarnya]

i feel honoured really. bukan semua orang dapat. hmm. hebat sekali serangan pemikiran oleh yahudi, ateis, kristian, nasionalis, kapitalis dan sebagainya. kehidupan masyarakat sekarang. apabila diperdengarkan sesuatu yang berunsurkan agama, buat2 tak dengar. saya tahu sebab Allah dah cerita.

dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih [31:7]
Allah dah cerita kan? siap perli lagi. cuma, saya tidak mahula saya dan mereka yang rapat itu menerima azab yang pedih. apa yang ditegur itu, cakap je dari saya, syariat dari Allah. dan janji Allah itu benar kan?

hmm. mereka. biasalah. shopping malls perkara paling best. entah kenapa, saya merasa sesak, lemas, sakit seolah-olah berada di kawasan yang terbakar.
mungkin benar rasa Sayyid Qutb dalam muqaddimah fil zilalil quran yang ditulisnya semasa dia dipenjara. siapa dia ni? InsyaAllah, akan diperkenalkan. dalam muqaddimah yang ditulisnya setelah tamat dia menulis tafsir ada menyebut:

Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?[para 4]
Sayyid Qutb merupakan seorang sasterawan unggul. tiap baris kata punya maksud tersendiri. dia merasakan apabila dia bernaung dengan AQ, dia dapat satu view baru dan dia dapat melihat jahiliyyah dengan mata islam. dia menyifatkan mereka yang hidup dalam jahiliyyah ini, seperti kanak-kanak. haa. kenape ye? manusia sekarang seperti zaman budak2 kecik. cuba tgk adik2 kecik kita, anak buah kita ke kan..ataupun ingat2 balik time kita kecik2 dulu. kita suka main2, nk benda mainan yang best2, nk puaskan hati sendiri, tak fikir jauh, tak reti nak beza mana baik mana buruk kan. kan? jadinya manusia sekarang samalah macam budak2. nak kejar harta, nak dpt hidup selesa, dapat pangkat supaya org hormat. ini semua segala benda yang dapat puaskan hati manusia. sama macam budak2. tapi bila kita dah besar panjang mcm sekarang, patutnya kita dah tau, mainan tu dah macam takde pape pun. begitu juga dengan para sahabat dulu... bagaimana mereka boleh zuhud? sebab mereka tahu segala harta mereka tu umpama mainan. Allah sendiri ada sebut dalam surah Ankabut ayat 64 kan...

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui. (Al Ankabut 29:64)
hate the sin, not the sinner. mungkin belum lagi untuk mereka. mungkin cara saya tak kena. saya akan cuba lagi. hidayah milik Allah. saya hanyalah penyampai yang serba kekurangan.

// saya sayang anda semua!

talk the talk


ShoutMix chat widget

quote them

Followers

headphone